Sabtu, 24 Oktober 2015
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN TELUK INTAN
Assallammualaikum, Selamat datang ke Blog Buletin JPJ Teluk Intan. Semoga dengan adanya blog ini dapat kita sama-sama berkongsi maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pejabat JPJ Cawangan Teluk Intan. Dibawah ini dicatatkan Sejarah Penubuhan Pejabat JPJ Teluk Intan.
SEJARAH PENUBUHAN PEJABAT JPJ TELUK INTAN.
Pejabat JPJ Teluk Intan telah dibuka pada 1 Julai 1993 terletak di Tingkat 3, Bangunan Aik Aik, Jalan Mahkota Teluk Intan. Pejabat ini dulu dikenali Sebagai Pejabat Kecil Teluk Intan. Diketuai oleh En. Ismail Bin Ahmad serta 8 orang kakitangan. 1 orang Ketua Pejabat, 6 orang Pembantu Tadbir dan 1 Orang Pengawal Keselamatan. Pejabat ini mula beroperasi pada 7 Julai 1993. Dirasmikan oleh Pengarah JPJ Perak En, Abdul Rahman bin Imam Arshad. Dengan adanya Pejabat ini Orang ramai amnya penduduk Hilir Perak dapat berurusan secara terus untuk membaharui Lesen Memandu dan Cukai Jalan Kenderaan Motor di Pejabat ini. Untuk mengelakkan orang ramai dari berurusan dengan orang tengah. Pada Tahun 1996 Pejabat Kecil JPJ Teluk Intan telah berpindah kebangunan baru di Batu 5, Jalan Maharajalela, Teluk Intan. Ianya mula beroperasi pada 4 Nov 1996. Dengan penambahan dari 9 orang ke 14 orang kakitangan. 1 ketua Pejabat, 1 ketua Pembantu Tadbir. 9 orang Pembantu Tadbir Kaunter. 1 orang Pengawal Keselamatan. 1 orang Pembantu Tadbir Rendah dan 1 orang Pembantu Am Rendah..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan